PeNgikUt ShAyEr

Feb 15, 2011

Sahabat yang baik!

ASSALAMUALAIKUM ALL READERS ! Huiih, bersemangat nye arini. Today, ika nak share2 ckt sal sahabat. Sahabat, teman, kawan, membe n mcm2 lagi lah gelaran yg ampa suka call 2. Tapi ika nak selitkan perkataan sahabat sahaja k. Ampa semua pun mesti ada sahabat. Baik & buruknye kite tolak ketepi k. Even sahabat handai kita ni nampak baik, sopan, peramah tapi kita x tau dari segi apa baiknya itu. So, be aware lahh. Yg jahat malas nak cerita  lah. Kita cerita yg baik2 sahaja udah la k. semua hamba ALLAH kat dunia ni baik2. Cuma malangnya semua pun ada nafsu. Dikelilingi dgn syaitan. Tak baik pula kalau kita iri hati, hasad dengki & segala yg buruk ni. Rasional la ckt k.


Susahnya nak cari sahabat yg baik kan. Ika pun dah lalui banyak dugaan dalam persahabatan. Tapi ALHAMDULILAH bg ika itu bukanlah penutup bagi ika tapi permulaan baik untuk ika hindar diri dari sahabat yg tdk berfaedah *mengumpat *berprangska buruk * tuduh menuduh. tak penting dalam idup ika persahabatan yg x ikhlas itu. sory feeling mcm annoying. Mmg suka pn feeling dlm cik B ni. JANGAN TANYA APA 2 CIK B. Continue k.. ika ni x kisah orang nak kawan ke tidak. Kawan boleh dicari tapi yg sejati tu ja susah. Sejati pun ada banyak jenis. Kalau sejati jenis duniawi ni susah jugak. Tak pe. Nanti ika explain what type of friend dat can be. Some friend like 'gila2', some friend plak soooo niceee. hihi. Intro:::



Ciri-ciri sahabat mulia yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali.
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan 
melindungi kamu

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia 
akan membantu kamu

3. Jika engkau menghulur 
sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untukmenjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata 
kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


Ika hope semua org hati2lah pilih sahabat. Sahabat mmg boleh bahagiakan  kita tpi sahabat juga lah yg menjahanamkan kita.
Jauhilah sahabat2 seperti berikut :-



sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak,
dan ia hanya mementingkan diri sendiri. 

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup. 


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu. 

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Walau apapun terjadi, biarlah persahabatan kita ni ikhlas, suci & utuh. Jangan jadikan sahabat kita sbg bahan utk mengumpat org lain, menghina & menkeji. 
Wei! ampa jgn lar feeling gila kat ayat ika ni. Bukan nya ika wat ceramah. Just utk kebaikan bersama jar lah. Sekadar memperingati sesama sahabat handai. So sapa yg berdengki tu maaflah k. Bukan nak tunjuk baik ka apa. Ampa dah baca ni pun kira pahala coz perkara2 yg menambahkn ilmu kita 2 kan disukai ALLAH SWT. InsyaALLAH, faedah kita dpt bersama. Umpama kata SIR AZMI ika dulu, "Dahlah bodoh, sombong plak".  So ilmu yg ada jgn simpan   
je sorang2. x guna pun. SHARING IS CARING. 
 K2, Ika nak minta maaf klu ad salah silap, yg terasa ka. Tak dak apapun makna dlm diri ika ni utk memerli sapa2. Then, kpd sahabat2 ika, bekas2 sahabat, sahabat yg terputus hubungan, sahabat separuh jalan sj & sapa2 ja lah yg pernah jadi sahabat ika, Ika minta maaf banyak2 kalau ika pernah sakiti hati ampa semua. Bukan niat ika nak sakitkan ati ampa semua. Ika mohon maafkan ika k. Mungkin, ade jugak yg ika pernah minta maaf didepan tapi dia mengelak maafkan ika. Yes, dulu ika jahat, x tutup aurat tapi skrg, i'm change because ALLAH. Ika da maafkan semua orang. Kpd ssiapa yg berkenaan dgn hidup ika, ampa x bleh hukum ika kecuali diatas sana.Maaf, nama x disebut. Biar hati depa ja berbicara dgn CIK B ika ni. 
        SAHABAT TIIDAK MENGENAL RUPA PARAS


p/s:Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna :
"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita"

No comments:

Post a Comment