PeNgikUt ShAyEr

Feb 14, 2011

Maulidur Rasul 12 Rabiulawal

Assalamualaikum readers!! Harap2 readers ika semua nye shat dhari yg mbahagiakn kita smua sbg umat Islam. 12 rabiulawal . Merupakan tarikh keramat. hihi (baik ckt lar arini). Mari berselawat ke atas nabi.
Actually,ika pun ada gk cite yg nk dikongsi bersama. Jum2 bace. Harap2 dpt dijadikan panduan bersama. InsyaALLAH k.



CAHAYA DI WAJAH NABI SAW

Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata : "Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah SAW: "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku."


BERDOA


Berkata Al-Barra' ra. bahwa Nabi SAW. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) dari langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan shalawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad. "




Allahuakbar. sedarkah kita. kadang2 kita selalu lupa utk mengucap salawat. So, dari skrg, mari berubah. Hihi.


p/s; thanks sume yg sudi kongsi2 gn ika & maaf berbanyak ta dpt letak entry da byk hari. Ika tgh fikir utk majukan blog ika. Daaa!



No comments:

Post a Comment