PeNgikUt ShAyEr

Jan 31, 2011

Statik!

Salam readers! Ok2. Bsox ika nk g amet ujian komputer. Arap2 luluih larrr. Bleh amet L... Hihi. Agak2 ampa ika luluih dak??  Kita tgok besok naa. Har, pd yg visitor 2, tlg lar jd follower ika. Hihi. Bukan nk paksa. Kot2 lar, nti ika bleh lar terjah blik blog ampa. Hmm, klu ampa nk tau. Esok adalah ari istimewa ika jugak. Kalau ampa nak tau. Tnggu.................. Haha. Ok, salam.
p/s; doakan ika luluih. Thanks

Jan 30, 2011

Delete la sikap takbur!

Hindarilah sifat takbur kerana sifat itu amat dibenci oleh Allah Swt. Apakah sifat takbur itu?
Antaranya, orang yang menganggap rendah orang lain kerana ia merasa pandai atau lebih cerdik, atau lebih berketrampilan, itu adalah takbur. Kerana orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan adalah sumber segala akal dan ilmu. Tuhan dengan sekelip mata mampu membuatkan orang itu gila, dan memberi ilmu, akal dan keterampilan kepada orang yang dianggap rendah tadi.
Demikian juga orang yang mempunyai rasa bangga akan harta, kedudukan dan pangkatnya lalu memandang rendah kepada orang lain. Itu juga satu sifat takbur. Kerana orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa dalam sekelip mata boleh menurunkan musibah kepada orang itu sehingga orang itu menjadi orang yang terendah di antara yang paling rendah!
Begitu juga orang yang menyombongkan diri kerana kecantikan, kekuatan dan kemampuannya sehingga memperkecilkan orang lain, dan menyebut nama orang lain dengan panggilan yang merendahkan. Sedangkan orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan dapat menimpakan keaiban-keaiban jasmani kepadanya sehingga dengan sekelip mata penampilannya lebih buruk dari orang yang telah diperkecilkannya!

Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhluk  Allah s.w.t., bermula  dari peristiwa pengusiran Iblis dari syurga kerana , lantaran niat sombongnya, enggan  sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk sujud hormat kepadanya.
Demikian juga Allah s.w.t telah menenggelamkan Qarun beserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t  dan juga kepada kaumnya sendiri. 

Allah s.w.t juga telah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya ke dalam laut kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t. dan juga kepada kaumnya sendiri, dan kerana kesombongannya itulah dia lupa diri sehingga dengan keangkuhannya dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang mesti  disembah dan diagungkan. 

Kehancuran kaum Nabi Luth a.s juga karena kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Luth a.s. agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual, yakni lebih suka memilih pasangan hidup sama jenis (homosek); sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah s.w.t  membalikkan bumi tempat tinggal mereka dan tiada  seorang pun dari mereka yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah yang datangnya secara  tiba-tiba itu. 

Dan masih banyak kisah lain yang dapat menyedarkan manusia dari  sifat sombong  dan angkuh, sekiranya mereka menggunakan hati nurani dan akalnya yang  sihat. 

Mengapa manusia dilarang bersikap sombong? Sebabnya ialah manusia adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Sayangnya,  realiti  masakini , kita dapati ramai  manusia  yang lupa hakikat dan jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya. 

Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat  sombong  dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia  menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim) 

  
Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269). 

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak  mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari  menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275) 

Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata, "Sombong adalah keadaan  seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya.” (Umdatul Qari` 22/140). 

Nash-nash Ilahiyyah banyak sekali mencela orang yang sombong dan angkuh, baik yang terdapat dalam Al-Qur`an maupun dalam As-Sunnah. 

1. Orang Yang Sombong Telah Mengabaikan Perintah Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman, artinya:
”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (QS. 31:18) 

Ibnu Abbas r.a , ketika  menjelaskan makna firman Allah s.w.t: ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia” berkata: "Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia, hingga kamu memalingkan mukamu ketika mereka berbicara kepadamu." (Tafsir At-Thabari 21/74) 

Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t., ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, maksudnya: ”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417). 

2. Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka. 

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:
 ”(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam”
 (QS. Az-Zumar: 72) 

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak akan masuk syurga siapa  yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan." (HR. Muslim) 

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah Aku beritahu  kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab: tentu (wahai Rasulullah), lalu beliau berkata: "(Penghuni syurga adalah) orang-orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia bersumpah (berdo'a) kepada Allah nescaya Allah kabulkan do'anya, Mahukah Aku beritahu  kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab: tentu (wahai Rasulullah), lalu beliau berkata: "(Penghuni neraka adalah) orang-orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong". (HR. Bukhari & Muslim) 

3. Orang Yang Sombong Pintu Hatinya Terkunci Dan Tertutup. 

Sebagaimana Firman Allah s.w.t.,mafhumnya:
"Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong takbur , lsgi bermaharajalela pencerobohannya " (QS. Ghafir 35) 

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata, "Sebagaimana Allah mengunci mati hati orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah maka demikian juga halnya Allah juga mengunci mati hati orang yang sombong lagi berbuat sewenang-wenangnya , yang demikian itu karena hati merupakan sumber pangkal kesombongan, sedangkan anggota tubuh hanya tunduk dan patuh mengikuti hati". (Fathul Qodir 4/492). 

4. Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia Dan  Di Akhirat 

Orang yang sombong akan mendapat kehinaan di dunia ini berupa kejahilan, sebagai balasan dari perbuatannya. Perhatikanlah firman Allah s.w.t. , artinya: 
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu)” 
(QS. Al-'Araf: 146) 
Maksudnya, iaitu,  Aku (Allah) halangi mereka dari memahami hujah-hujah dan dalil-dalil yang menunjukkan tentang keagungan-Ku, syari'at-Ku, hukum-hukum-Ku pada hati orang-orang yang sombong untuk ta'at kepada-Ku dan sombong kepada manusia tanpa alasan yang benar, sebagaimana mereka sombong tanpa alasan yang benar, maka Allah hinakan mereka dengan kebodohan (kejahilan). (Tafsir Ibnu Katsir 2/228) 

Kebodohan adalah sumber segala malapetaka, sehingga Allah sangat mencela orang-orang yang jahil dan orang-orang yang selesa  dengan kejahilannya, Allah s.w.t. berfirman, artinya: Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya). 
” (QS. Al-Anfal:22) 
Allah s.w.t menghina orang-orang yang tidak mahu menerima  kebenaran dan tidak mahu mengatakan yang haq, sehingga orang tersebut tidak memahami ayat-ayat-Nya yang pada akhirnya menyebabkan dia menjadi seorang yang jahil dan tidak mengerti apa-apa; dan kejahilan itulah bentuk kehinaan bagi orang-orang yang sombong. 

Dan orang yang sombong di akhirat dihinakan oleh Allah s.w.t. dengan mengecilkan  saiz tubuh mereka sekecil semut dan kehinaan datang kepada mereka  dari segenap penjuru , hal ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut:

"Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat seperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia, dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara neraka jahannam yang di sebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman dari kotoran penghuni neraka".
(HR. Tirmizi & Ahmad, dihasankan oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Misykat) 

Semoga dengan merenungi nash-nash Ilahiyyah diatas, rahmat Allah akan sentiasa bersama kita dan menjauhkan kita dari sifat angkuh dan sombong.
(Abu Abdillah Dzahabi) 
P/s; Jom join ika. Harap dpt jadi panduan bersama. Sayangilah diri anda sume. Allahualam.

Jan 29, 2011

Wuaa. ponat eden!

Salam readers!! Huuray! Ariny ika bjaya mnyiapkan misi ika nak CANTIK!!Eh2, CANTIKkan blog larr. Huhu. Dari bgun tdor pagi td smpai kul 1 pagi. Solat?? ABC ok. Yg paham 2 baguih. Yg x paham 2, diam suda k.. Smpai nasi pun lupe nak mkan. Ngadap lappy je. Waduh3.. Tapi ika stil x puas hati lg. Ampa jgn fening2 lak tgok blog ika ni. Besa lar byk bling2 en?? Hehe. Ouhh, nak raya cina dah ka? Hm. . x sabau la plak nk p bcuti. Bercuti kt rumah ja kot. Bkumpui ramai2. Pak ngah blek, mk cik, pk dak, hu, bes2! Jumpe cousin. Then, rsenye balik kampung jgak. Jumpak plak saudara belah mama nuu.  Bukan joh manepun. Area kedah gak. U all ape prancangan cuti?? P la jalan2. Jgn dok terperap jar kt rumah. X mashuk la. Ika kekadang rndu gk kt kengkawan. Arap2 depa buat la reunion time free nti. Ika pun dok saja jar. Ni tgah kalut dok study undang2. Isnin ni nk buat statik lak. Doakan ika k. K la. mata ika da ta larat nk angkat ni. Jom bobo. Daa.;D

Jan 28, 2011

De seccreto readers!

Salam! kaih2 mengaku cpat sapa yg jadi readers ika!! cepat2. Lau ampa x suka gn blog ika ni, cube lar ampa truih trang! Jgn lar beselindung dlm selimut 2. Mcm kura aeh! Jumpak org ja, sembunyik lek cengkerang dia. Kaih2, komen kt cbox ika. Klik2 ja kt c2. Silakan, komen je apepun tp maki hamun x dtrime. Full rejection naaaa. Ika npak ampa ni.Harap maklum pak cik/mak cik/tok/tok wan/dato'/datin/tuan puan/cik/ibu/bapak..... Sekian Arigato Guzaimas.!

Jan 27, 2011

Kisah abahku

Salam readers..
Today, ika nak start cite ika dgn pic kt bwah ni :-(
mesti hampa ttnya2 kn npe ika letak pic mcm nie. Ada sebabnye lar. Ika skrg kecewa sgt dgn sikap saudara2 ika.Tok ika,pak saudara n mak saudara ika. Ika tak tau ape yg diorang tak puas hati dengan abg tiri diorang(abah ika) lepas je tok wan ika meninggal tahun 2008. Huu, ika geram sgt sebab byk fitnah yg mlampaui batas dari mulut diorang. Kindly, ika syang diorang sgt2, ika respect diorang tp sjak2 akhir2 ni ika jadi x keruan. Ika kecewa sgt dgn sikap masing2. Ilmu depa 2 tinggi, ada belajar smpai menara gading tapi pemikiran cetek sgt. Even, ika baru 17-18 tahun tapi ika sbg anak saudara, ika tau menilai perangai masing2. Ika dah masak2 dgn sikap diorg 2. Sory sbb title ika ni pun dah pasal ABAH ika. Mmg sedih wa ckp lu. Hidup abah ibarat layang2 terputus tali. Mana x nya, anak yatim dari kecil g. Hmm, kesian abah ika.
    Nak dijadikan cerita suatu hari masa ika FB, mak saudara ika ada tanya stu soalan yg menyakitkan aty ika tapi sayangya ika x dapat tunjuk coz ika dah dlete lagipun pertanyaan 2 kat chat box. Mestila dah x dak. Masa 2 persaan ika macam ni har.
huhu. macam nk gigit2 ja lappy ika 2 haa. geram sgt2. Soalan 2 btul2 nyakitkan ati ika. Nak tau ape? 'btul ke abah kawin lain?'. Masa 2 begegar jantung mcm nak luruh dah. Abah ika ni x pnah la plak balik umah lewat2, jangan kata 2, x balik umah pun x pernah. Awat yang depa tgamak tanya cam 2. huu. tapelah mungkin sekadar btanya kan. Ok, ika accept g. Selang je sbulan, pak saudara ika yg sorang g plak bertanya soalan yg sama. Al maklumla, dpa ni ad 8 bradik. So ramai lah kaki penyibuk yg nak tau. Tapi, bila ika tanya spe cite sume ni, depa senyap je.Ika da tau gerangan yg menyebarkan fitnah 2. Tapi biar ALLAH je yg membalas. Maybe diorang ni gatai mulut sampai tatau nak wat cite ape da. Ika macam x percya, seorang 'ORANG TUA' sanggup menyebarkan fitnah kt anak tiri die sndiri. Tapi benda ni dah lama berlaku. Adik bradik abah ika ada 6 org. Sumenye x lah berjaya mcm adk bradik diorang 2. Yg paling low class pn abg abh ika n abah ika jd TDDM n TUDM jar. Lain r depa 2 masuk U, POLI n kerja pun hebat2. Tak sangka lak jadi kacang lupakan kulit. Sungguh ika x sangka, masa diorang kecil2 dulu, abah ika la yg menjaga dpa, bli baju raya, bsusah payah cari rezeki tlong arwah tok wan ika di kebun. Semata2 nak menyekolahkan dpa. Ish2. Mungkin sekarang depa 2 dah besar, dah berjaya, depa lupa la kan zaman masa depa dok susah dulu, zaman hingus dok meleleh dulu ni. Sori la kalau bahasa kasar ckt. Memang ika geram sgt. Depa ada gak antar mcg. masa 2 FELDA bagi duit raya, adalah dlm 300 kot x silap. 2 pun depa marah kes abah ika p amik. Waduh2. Abah ika  bukan tgila sgt duit yg sebanyak 2. Kalau nak cakap ja, lagipun depa x dak kena mengena dgn duit 2 coz sggala harta pusaka arwah tok wan ika dah atur. Kalau nak ckp, ika pun besa jadi saksi masa tok wan ika cakap pasal harta 2 dulu. Setiap anak dia, sume dia ckap. Anak dia sume ada 14 orang. Sume dia dah cakap. Apa lagi yg depa x puas hati. Masa raya ari2 diorang antar mcg,'ASKAR X RETI CARI MAKAN, DUIT 2 NAK BELI BAJU RAYA KAT ANAK KESAYANGAN, BLA3....',Memang bengang sgt ika, tambah abah ika lagilah, hancur luluh hati dia. Ada ke seorang adik cakap kt abg dia mcm 2, askar yg x reti cari makn ni lah yg bersusah payah membesarkan depa. Kena tahan reman dgn polis, abah ika ni jugaklah yg p ikat jamin dulu. Haiyakk, mmg kejam kan depa. Bila sdepa senang, ssuka hati depa ja nak kata apapun. Jangankan pulak cerita tok ika,(MAK TIRI ABAH). masa adik kandung abah ika kecik2 dulu. depa pernah kena dera gn tok ika 2. Masa mak saudara ika 2 kena apath kt kaki dia 2,sampai berulat,ada ka patut tok ika 2 simbah lg air panas kt kaki depa. Husshh, mmg skit lah nak  habax kt ampa. Hari2 depa kena ketuk gn   sudip, smpai nk jadi bengong dah. Yg tok ika plak dok p bjalan2 kt umah orang. Sepatutnya dialah kena masak kt tok wan ika yg tgh kerja 2 tapi dia suh adik2 abah ika ni yg masakkan. tp yg dia 2??syok ja p sembang bohong. Ika tau byk g rahsia tok ika 2, tapi anak2 kandung dia tak tau. Tengok, walau apa pun adik2 tiri abah dok peburuk dia tapi abah tak pernah berdendam atau mengungkit apa2 tentang depa. Sayang sekali, sekarang ni abah ika dah ludah depa jauh2. Abah dah tak mau tengok muka depa lagi. Seriously, air mata ika jatuh sekarang. Sedih sgt bila mengenangkan balasan adik2 tiri abah ni, tergamaknya depa. Masa depa nak masuk U dulu, sape yg support?abah ika jugak. Ika tak tau lah, berapa byk fitnah lagi diorang nak reka. Sehinggakan kematian tok wan ika pun, diorang salahkan abah ika. Diorang cakap, tok wan ika ni sebelum meninggal, kempunan 'petai' tapi abah ika x pi ambil utk dia. Mmg tipu sgt, masa 2 abah ika bg, sggup panjat pokok yg tggi 2 nak bagi kat tok ika. Yg lebih 2 tok wan ika jual, then, duit yg lbih 2 tok wan ika 2 bg kat ika. Ika stil ingat! That's real berlaku depan mata ika. Diorang x terpikir ke kenapa tok wan ika x meniggal di rumah dia sendiri??Tok wan abes umur di balai polis sg tiang, d tangan abah ika n ika. Ika orang terakhir jumpak dia pengsan di dalam kereta d balai polis sg tiang. Ika yg col abah suh datang. Ikalah cucu yg betul2 sayangkan dia n abah, anak kesayangan dia. ALLAH 2 da menentukan segalanya. Sedarlah. Sape yg betul n sape yg salah sekarang. Ika mmg da x nampak skrin lappy skrg. Cukup setakat ni sja. Semoga ALLAH balas kt sape yg slah 2. Salam.
p/s; bertaubatlah kamu semua. Hargailah jasa2 yg diberikan org.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Jan 26, 2011

Reading!

Hoho. Salam readers. Semalam x sempat nk post ape2 cite coz semlam edit poto n on9 FB je. Jangan kata ampa ja jd readers, eka pun duk jd readers ni coz tgah ulangkaji bab undang2 n Novel. Suke dak ampa bace novel? Lau suke, jom lar join. hihi. Ika pun tgah baca novel ni. Ni pun pinjam kat member;
haa. novel ni lar ika bace. Lau yg dah baca senyap2 dah lar k. hihi.
Arap2 abeh lar ika baca arini. K lar, ika nk smbung baca ni. K salam. Muach

Jan 25, 2011

Jumpak kawan lama, dapat kawan baru.

Salam readers!!
SMILES!

Orite dear... eka nak cite lar, today is my besday! bkan birthday lar k.hmm..eka dapat kwan baru tau. Hehe. mce g kursus td, eka jumpak kawan lama n dapat kawan baru. soo ciut miut lar. 2 orang je lar. Haa.. jangan nk mene'test' plak wlaupun diorang 'single'. hihi. 'single' lar da x kawen lg. Hape daa. K, see them;


G-HA
DALILA & ZALIKA

U ALL! YG PIC ATAS TU, G-HA. NAME PNOH DIA, NURZAIDATUL NAJIEHA. DIA LAH KAWAN LAMA IKA MASA FORM 5. MERANGKAP ANAK TEACHER IKA JUGAK, TEACHER UMAZAH. KALAU HAMPA TGOK FB IKA, ADA LAH PIC mak dia.
  THEN YG PIC 2 ORG 2 KWAN BARU IKA. YG DEPAN 2 DALILA. DIA ANAK CIKGU GAK. DIA Ni NAK JD ENGINEER TAU. HUU. GELIGA KAN. BANYAK RINTANGAN DAN DUGAAN WOOO. Eh, apsal lar sume jd caps lock. lantak r. hehe. punye semangat ou nk mnaip cite ni. hehe. Yg blakang 2 plak name die Zalika. Just pggil IKA. Eh2, same nick name kn. hehehhe. k lar readers. Ika pun ngantuk da ni. Selamat Malam. Muach! Salam
p/s; kwan biar beribu, musuh hanya syaitan yg laknat tu.



Jan 24, 2011

Excited ke nervous??

Nite readers. Salam. Bsok ika nk g kursus ni. Nak wt lesen moto n keta. Tadi dah daftar. Tatau la nk excite ke nerv.. hmm.. klu ikutkan bsok jugak nk amet lesen P due2 vehicle 2. hahaha. Ika ingat bila da dapat lesen nanti, InsyaALLAH nk kije n nak wak kuar viva. Jadila dari x dak lgsug tapi share gn parents la ongkos 2. Dulu pnah ada angan nak wak kua moto tapi x ksampaian. hehe coz my dad da akaunkan duit 2 kdalam banknye utk kgunaan bila ika smbung study nanti. Bagus x abah ika?? hehe. Well, of course r dia pkirkan sal masa depan anak dia ni. Anak tunggal la katakan. U all da baca kn post ttg kidmat ngara 2 tp byk g pic yg ika nk upload tapi lambat r. Sory ssgt. Banyak gi benda yg x siap ttg blog ni.
   Ika pun nak gak cite sal diri ika, family ika, sanak saudara, kaum kerabat, sahabat handai n ....... paham2 sendiri.(MR F).. Maybe pasni ika da sbuk dgn benda lain. Just malam je la kite bleh jumpe pun.heheh.  BTW, kpd all readers, ika harap korang enjoy dgn blog ika yg x sberapa ini.daa.;D
p/s; Wish me luck.

Program Latihan Khidmat Negara!

Salam readers!! hehe. comey x?? ika suke tgok dia senyum. special auw untuk ampa smua.  Haa. Hampa mesti x sabar nak dengar cerita pasal tajuk kat atas tu. Haa.. sat. Hampa tgok lu kem ika.
Amacam? cantik x?? Alamat penuh dia, KEM PLKN KG HIJRAH,PENOR,KUANTAN PAHANG.
Kalau cite pun macam la ampa nk pi. Ok dear, ika nak cerita la knp ika blik awal. Masa 14 hb 1 kot x slap. Ari 2 ari jumaat. Pagi 2 ika pengsan nak tau. Ika ingat x dak pape lah. Petang tu plak, ada lah dlm 20 org bakal2 calon penangguhan termasuk ika kena bawak gi klinik kem batu 10(TUDM), kuantan utk wat medikal cek up. Sorang demi sorang tggu giliran. Last kali turn ika.dia x cek pun, dia tanya jar tau dak. haha. Antara soalan dia ''ADA NO. FON X??''. Ceewahh.lawak jaaar.Mesti la dia tanya tentang masalah kesihatan ika. Sebelum ni ika dah besa kena operation so ada la ckit2 effect kat ika. Kadang2 2 sakit kepala. Suka pengsan. Macam2 gi lah. Then, dia suruh ika kuar. Ika pun kuar lah n sembang2 gan membe2 ika. membe ika  suruh ika tanya dktor tu boleh mintak penangguhan x. Dah selesai sume, ika pun masuk ketuk la pintu bilik dia, dia panggil ika masuk n tanya ika ada apa. ika pun tanya bleh mintak penagguhan x. Dia cakap bleh. Tapi bukan membe ika yg dapat, ika yg dapat. Kesian membe ika 2. Sape suruh ika tanya so ika lah yg dapat. hehehehe. Kesian kat dia en...Sory lah diana, x dapat ika nk nolong. Sampai saja kat kem, nurse kat PLKN 2 ckap, ika x bleh balik esok sebab esok ari sabtu. Suma pejabat pengurusan PLKN sdg bercuti. Kui3!! Tapi x pelah. Dia ckp isnin ni baru bleh balik. Dia suruh ika packing siap2 barang ika. Sampai je kat dorm malam 2, membe2 ika dari kelantan, terenganu, KL, Johor n Pahang. (macam2 lah loghat lepa) pakat serbu ika. Tanya ika macam wartawan kenapa ika wat penangguhan. Ika pun taktau nk explain camna kt depa. Hihi. Depa  nanges tau. Hmm.. lagipun depa nangis sbb nak balik juga tue. hehe. Memang aktiviti kt PLKN pack sgt tp best dapat mmbe ramai. Tak macam membe2 skolah. Sume matured, x sombong. Ari sabtu tu plak dapat henfon, apa lagi, kami snap pic puaeh2 la. Tengok2 membe2 ika yg come lote ni.





Setakat ni saje post ika. Ika da hal kejap. Daa. Salam uolls.

Jan 23, 2011

Salam Perkenalan...

 Assalamualaikum. Hai readers. Selamat bertemu kembali. Ni blog baru ika k. Ika da ada sec blog. Blog lama tu cam hampeh ja. Geram betui. Sebab tu ika create blog baru. Join NUFFNANG gi. (bangga sat). Hui, cam x caya lah, ika dok tgah lending sedap ngadap lappy. Sepatutnya ika duk kt pahang nu, tgah tidur atas katil single dalam dorm sejuk nak mampuih. haha. PLKN r pa gi. Hampa mesti nak dengar cerita kan. Nanti ika post cerita tue. Sekarang ni ika nak bekenalan lu dgn hampa.(tgok title la).  Jangan lupa jadi follower ika lak. Tinggallah jejak kaki ampa sama bila ampa dah baca nanti. Jangan malu2, jangan segan2. X kisah la kawan baik ika ka, kawan x baik ka. Follow ja. Ika pun akan blogwalking gak n jadi follower hampa sume. InsyaALLAH. Sesungguhnya yg baik tu dtg dr ALLAH, yg lain tu kelemahan ika sendiri. Ceewahh. K nite readers. Salam.